Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berucap sebelum mengiringi calon Warisan, Datuk Haji Karim Bujang ke Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Kimanis. Turut kelihatan ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu (tiga dari kiri) bersama Timbalan Ketua Wanita Amanah Sabah, Puan Norfidah @ Fie Yassin (kanan) dan pemimpin Amanah yang lain semasa menghadiri Penamaan Calon PRK Parlimen Kimanis di Beaufort pada Sabtu.
Ketua dan ahli-ahli Srikandi BERSATU Negeri Sabah hadir memberi sokongan kepada calon Warisan semasa penamaan calon PRK Parlimen Kimanis di Beaufort pada Sabtu.
MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub (lima dari kiri) bersama Ketua-Ketua Armada BERSATU Negeri Sabah semasa menghadiri penamaan calon PRK Parlimen Kimanis di Beaufort pada Sabtu.
Ketua Pimpinan BERSATU Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (dua dari kiri) bersama Setiausaha BERSATU Negeri Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tiga dari kanan), ADUN Sukau, Datuk Saddi Abd.Rahman (dua dari kanan) berarak mengiringi calon Warisan, Datuk Haji Karim Bujang ke Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Muhammad Dun Banir, Beaufort pada Sabtu.