Rakyat berbilang kaum perlu pupuk, eratkan perpaduan-Dr. Ronald

0
261
Ronald (tengah) bersama orang ramai yang menghadiri majlis sambutan itu.

BELURAN: Masyarakat berbilang kaum di negeri ini perlu terus memupuk dan mengeratkan perpaduan yang sedia wujud, kata Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr.Ronald Kiandee.

Ronald (lima dari kiri) bersama jemputan lain di majlis sambutan itu.

Katanya, perlu wujud semangat toleransi yang tinggi dan hormat menghormati dikalangan rakyat daripada pelbagai kaum dan budaya serta kepercayaan agama.

“Masyarakat majmuk hendaklah jadikan kepelbagaian dan perbezan sebagai kekuatan dan bukan perbelahan”.

“Negara kita, Malaysia harus terus aman dan damai tanpa konflik agar rakyat dapat menikmati pembangunan yang berterusan”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baru di Pelan Beluran.

Salah satu persembahan bagi memeriahkan sambutan.

Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Gabungan Gereja-Gereja Beluran yang terdiri dari  Gereja Katolik, Anglican, Sidang Injil Borneo(SIB), Seventh- day Adventist (SDA) dan Kalvari.

Serentak itu Ronald Kiandee berharap agar kerajaan akan terus menyalurkan pembangunan kepada rakyat.

Katanya, pembangunan yang diperlukan bukan setakat pembangunan  infrastruktur tetapi juga peruntukan untuk membangun keperluan kerohanian termasuk rumah-rumah ibadat.

Menyentuh perkara lain dalam kawasannya, beliau berharap agar kerajaan mengambil tindakan segera membaik pulih Jalan Paitan-Kanibungan yang rosak teruk.

“Jalan negeri ini telah lama mengalami kerosakan. Disebabkan terbiar sekian lama, sehingga kerosakannya kini menjadi lebih serius. Keadaan ini amat menyulitkan penduduk kampung”.

“Kerajaan perlu segera perbaiki jalan itu demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan baru ini”, tegasnya.-pr/BNN

Ronald (tengah) bersama orang ramai yang menghadiri majlis sambutan itu.