25 orang wakili 14 PPN negeri hantar memorandum bantah penangguhan MAT NAFAS

0
1354
Azulita (duduk, tiga dari kanan) bersama wakil PPN semasa perjumpaan itu

KUALA LUMPUR: Seramai 25 wakil Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) seluruh negara pada Selasa telah menghantar memorandum kepada Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi membantah penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tanpa kelulusan pendaftar.

Azulita (tengah) mendengar hujah wakil PPN semasa perjumpaan itu.

Mereka menyerahkan memorandum itu kepada Puan Azulita Salim di pejabatnya di ibu pejabat LPP di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Datuk Ismail Umar yang mewakili 25 orang wakil PPN  ke Mesyuarat Agung NAFAS berkata, memorandum itu bertujuan membantah keputusan NAFAS penangguhankan MAT tanpa kelulusan Pendaftar Pertubuhan (PP).

Katanya, Jemaah Pengarah telah mengingkari urustadbir NAFAS kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahun 2019 (MAT) sebelum tempuh yang ditetapkan selewat lewatnya 30, November, 2019,

Antara Wakil PPN yang hadir.

Menurutnya, Jemaah Pengarah gagal mengadakan MAT sebelum berakhir tempuh perkhidmatan mereka 31, Disember, 2019, selain telah melanggar Perlembagaan kerana membuat pembiayaan tahun 2020 tanpa kelulusan MAT”.

“Jemaah Pengarah NAFAS mengabaikan anggota dalam penganjuran program dan aktiviti seperti pembayaran zakat dan bantuan persekolahan, selain melantik kakitangan baru tanpa mengambilkira belanjawan yang diluluskan MAT.

Wakil PPN menemui Azulita bagi menyerahkan memorandum bantahan.

“Jemaah Pengarah NAFAS juga gagal mengistihar dividen tahun 2017 yang telah mendapat kelulusan MAT dan PENDAFTAR”, tegasnya.

Berikut adalah kandungan penuh Memorandum mereka:

MEMORANDUM BANTAHAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG  TAHUN 2019
PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

1. MEMAHAMI BAHAWA,

1.1. NAFAS adalah suatu Pertubuhan Perbadanan yang kekal turun temurun dengan mempunyai satu meterai dan
hendaklah mempunyai kuasa bagi membuat kontrak, bagi memulakan dan membela tindakan guaman dan perbicaraan disisi undang undang dan bagi hendaklah bagi membuat semua perkara yang perlu bagi maksud mencapai tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 6 Akta 109, (Perkara 2, Perlembagaan),

1.2. NAFAS diperbadan dengan tujuan untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan, dan membaiki cara hidup anggota anggota serta  mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur, dan bersatupadu.

2. MENGINSAFI BAHAWA,

2.1. Keanggotaan NAFAS adalah 14 Pertubuhan Peladang Negeri (PPN),

2.2. Keanggotaan PPN adalah 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK),

2.4. Keanggotaan PPK adalah lebih 900 ribu orang,

2.5. Operasi NAFAS  berasaskan modal saham anggota anggota,

2.6. Perkhidmatan dan perniagaan NAFAS mengutamakan anggota,

2.7. Kejayaan dan kegagalan NAFAS memberi kesan langsung kapada anggota.

3. MEMAHAMI BAHAWA,

3.1. Pengurusan dan Pentadbiran NAFAS, oleh Jemaah Pengarah dan Pengurusan mesti mematuhi urustadbir berasaskan AKTA, PERATURAN, dan ARAHAN dan PEKELILING PERDAFTAR, ( Seksyen 4(2) Akta),

3.2. Tugas memastikan pematuhan urustadbir NAFAS dalam Tanggungjawab dan Kuasa PENDAFTAR ( Seksyen 7(1) Akta ),

3.3. Semua pertikaian anggota dan NAFAS mesti dirujuk kapada PENDAFTAR, ( Seksyen 17, Akta ),

3.4. PENDAFTAR mempunyai kuasa menggantung NAFAS, ( Seksyen 20, Akta ).

4. MENYEDARI BAHAWA,

4.1. Jemaah Pengarah telah mengingkari urustadbir NAFAS kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahun 2019 (MAT) sebelum tempuh yang ditetapkan selewat lewatnya 30, November, 2019,

4.2. Jemaah Pengarah gagal mengadakan MAT sebelum berakhir tempuh perkhidmatan mereka 31, Disember, 2019,

4.3. Jemaah Pengarah melanggar Perlembagaan kerana membuat pembiayaan tahun 2020 tanpa kelulusan
MAT,

4.4. Jemaah Pengarah mengabaikan anggota dalam penganjuran program dan aktiviti seperti pembayaran zakat dan bantuan persekolahan,

4.5. Melantik kakitangan baru tanpa mengambilkira belanjawan yang diluluskan MAT,

4.6. Gagal mengistihar dividen tahun 2017 yang telah mendapat kelulusan MAT dan PENDAFTAR.

5. MAKA KAMI SERAMAI 25 ORANG PERWAKILAN PPN KE NAFAS (DALAM SENARAI) BERLAMPIR TELAH MENGAMBIL KETETAPAN MENDESAK PENDAFTAR MENGAMBIL TINDAKAN BERIKUT,

5.1. PENDAFTAR mengambilalih pentadbiran NAFAS, (Seksyen 20, Akta),

5.2. PENDAFTAR memanggil Mesyuarat Agung Tahun 2019, (Perkara 36, Perlembagaan),

5.3. Menangguh semua perbelanjaan KECUALI gaji dan lain lain bayaran kakitangan,

6. BAHAWASANYA,

6.1. Penguatkuasaan undang undang oleh PENDAFTAR boleh menggelak kemusnahan NAFAS, sebuah Pertubuhan Perbadanan 100% milik peladang sebagai anggota yang memegang saham,

6.2. Menggelak mereka yang bukan mewakili anggota memanipulasi harta dan sumber untuk tujuan bukan atas kepentingan dan kebajikan anggota,

6.2. Akhirnya mengagalkan tujuan NAFAS diperbadankan.

KUALA LUMPUR
13, JANUARI 2020.