PUTATAN: Dato Seri Dr. Hj Arsit Haji Sedi menang tanpa bertanding mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Putatan.
Jawatan Timbalan Ketua Bahagian BESATU Putatan juga dimenangi tanpa tanding oleh Encik Aliusin@ Ali Hussin.
Sementara Ketua Srikandi BERSATU Bahagian, Puan Salma Said dan Ketua Armada BERSATU Bahagian, Encik Mohd.isquzawan Israq Arsit juga berjaya mengekalkan jawatan mereka tanpa ditanding.
Keputusan itu telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan BERSATU Bahagian Putatan, Haji Ag Jaya Madasin pada Majlis Pengumuman Calon BERSATU Bahagian Putatan di pejabat bahagian itu di Taman Jumbo, kelmarin.
Katanya, 4 calon akan merebut jawatan *Naib Ketua Bahagian*, terdiri daripada Yunos Malai Amit, Matsah Sahat, Embanan Ben dan Aron Musa.
Menurutnya, 2 calon akan bertanding jawatan Pengerusi Tetap bahagian iaitu Abdul Rahim Abdullah dan Adjeran Awang. Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap menang tanpa bertanding oleh Bahrum Mahlan.
Sementara 16 orang calon akan merebut jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Putatan. Mereka ialah Mohd.Hussanal Zakaria, Mohd.Hassanal Zakaria, Ismail Duraman@ Abdul Rahman, Jalaap Ilah, Nanih Abah, Mutalip Chuchu, Juatan Matkan, Karim Wang, Muhamad Said, Mat Salleh Jimson@Jamson, Alimat Ahmad, Hamza Marusin@Hamia Morusin, Awang Musa Awang Kassim, Musah@ Musa Sabto@Sabtu,Ramlin Ladis dan Hilmi Sinti.
Bagi Srikandi Bahagian, Ag.Jaya berkata, 2 calon akan merebut jawatan Pengerusi Tetap Srikandi. Mereka ialah Suzilawati Mohd Sha dan Lucia@Francisca Simon.
Sementara Halima Sulaiman dan Tiajar Sedi pula masing-masing menang tanpa tanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Srikandi dan Naib Ketua Srikandi Bahagian.
10 orang calon menawarkan diri bertanding AJK Srikandi Bahagian. Mereka ialah Fetama Sedi, Asmuriani Abd.Aziz, Asiah Ali Osin, Jepaniah Idsang, Fatimah Tawang, Rinda Sulin, Sarimah Amoi, Irene Japaruddin, Siti Hayati Samsudin dan Noorlizah Wali.
Bagi Armada Bahagian, kesemua jawatan utama menang tanpa bertanding. Naib Ketua Armada Bahagian disandang oleh Mohd. Faez Fiqri Ismail. Pengerusi Tetap dimenangi oleh Muammar Edzhar Saidie, Mohamad Fandi D Moksin (Timbalan Pengerusi Tetap).
Lapan calon akan bertanding jawatan AJK Armada Bahagian. Mereka ialah Mohd Ridhuan Datu Abat, Norazmey Mala, Mohd.Saiful Maki, Asmawih Marbin, Herwan Othman, Adlizan Adjeran, Hassanul Ariffen Ahmad dan Mohd.Khusydi Yakob.
Sementara, Arsit dalam ucapannya di majlis itu mengingatkan pemimpin BERSATU bahagian itu terutama ketua-ketua cawangan, Srikandi dan Armada agar berusaha menambah ahli.
“BERSATU Putatan bukan sahaja memerlukan ahli yang ramai tetapi yang berkualiti dan boleh ditonjolkan sebagai pemimpin pelapis”, tegasnya.
Menurutnya, BERSATU Putatan juga akan menubuhkan koperasi dalam usahanya membantu sosio ekonomi ahli-ahli bahagian itu.
Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha BERSATU Bahagian Putatan, Encik Latip Jair.-pr/BNN