Biodata ringkas berkaitan Perdana Menteri Ke-8 Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin serta karier politiknya sebelum ini.
Nama: Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY)
Nama Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Bilangan Anak: 4 orang
Tempat lahir/Asal: Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta’zim
Anak Kepada Ulama Terkenal Di Muar : Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad
Ringkasan Karier Politik TSMY
*1970* – Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
*1971* – Permulaan Karier Politik Dengan Dilantik Sebagai Bendahari UMNO Muar-Pagoh
*1974*– Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
*1978*– Ahli Parlimen Pagoh.
*1982* -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
*1986* – Menteri Besar Johor ke-13
*1985*– Ahli Majlis Tertinggi UMNO
*1993*– Menang Naib Presiden UMNO
*4 Mei 1995 – 14 Disember 1999*– Menteri Belia dan Sukan
*1996*– Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
*15 Disember 1999 – 26 Mac 2004*– Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
*2000* – Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
*2009*– Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
*10 April 2009 – 11 Ogos 2013*– Menteri Pelajaran
*26 Mac 2009– 26 Februari 2016*– Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
*26 Mac 2009*– 26 Februari 2016 – Timbalan Presiden UMNO
*19 Mac 2008– 9 April 2009*– Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
*27 Mac 2004– 18 Mac 2008*– Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
*2016*– Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
*Jun 2016* – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
*September 2016*– Antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.
*23 Julai 2017*– dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
*22 Ogos 2017* – Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
*29 Februari 2020* – Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan bersama Perikatan Nasional
pr/BNN