KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Sabri Ismail harus dipuji kerana menyatakan dengan jelas pendiriannya mempertahankan tindakan Kerajaan menangkap pendatang tanpa izin dan pendatang asing tanpa dokumentasi pada 1hb Mei yang lalu untuk melindungi negara dan rakyat Malaysia dari pendatang haram.
Jalumin Bayogoh, Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah), berkata demikian dalam satu kenyataan media yang menyokong tindakan yang diambil oleh pasukan keselamatan dalam pemeriksaan dan penangkapan orang asing yang tidak memiliki dokumen dan pendatang tanpa izin.
Menurut nya dengan rintihan dan tangisan yang dilontarkan oleh rakyat dari semua lapisan masyarakat, bangsa dan agama terhadap ancaman dan tuntutan pelarian dari Rohingya, itu adalah langkah yang baik untuk menangkap dan menahan mereka.
Tindakan penangkapan dan penahanan pendatang haram oleh Menteri Kanan ini sangat bermakna kepada rakyat Sabah. Akhirnya, mereka melihat satu tindakan tegas dari Kerajaan, katanya.
“Tetapi pada masa yang sama, rakyat Sabah mempersoalkan mengapa tidak ada tindakan seperti itu dilakukan di Sabah. Mengapa Kerajaan Sabah membisu dalam hal ini?”
“Orang Asal Sabah merasa bahawa Kerajaan melindungi dan mengutamakan pendatang haram dan orang asing tanpa dokumen di Sabah.”
Perbandingan itu juga diketengahkan dalam pengedaran bakul makanan oleh kerajaan Sabah kepada orang asing di tempat mereka dan yang diberikan kepada orang-orang Asal Sabah yang disiarkan dengan video dan gambar, katanya lagi.
“Kerajaan Warisan dan pemimpin mereka dikritik secara meluas oleh rakyat dengan kisah penduduk tempatan di pedalaman yang mengatakan hanya menerima tiga (3) “PUT” beras berbanding dengan 5 kilogram dan 10 kilogram beras dan beg plastik yang penuh dengan barang lain untuk orang asing seperti yang dilihat dalam video dan gambar kapal yang mengangkut barang-barang tersebut ke pulau-pulau. ”
“Perlu ditegaskan bahawa penangkapan pendatang-pendatang haram ini dilakukan setelah tindakan sebelumnya oleh pasukan keselamatan dan Maritim yang telah menghalang banyak pelarian Rohingya mendarat di Langkawi, Kedah, dan juga kejayaan mencegah pendatang tanpa izin dibawa oleh pihak tidak bertanggungjawab di Pantai Timur Sabah. ”
Tindakan Kerajaan Persekutuan sekarang nampak berbeza dari tindakan dua (2) kerajaan sebelumnya yang terkenal dengan pengeluaran IC dan MyKads yang diragukan kepada pendatang tanpa izin terutamanya di Sabah dan pembelian IC oleh orang asing yang banyak berlaku di Pulau Pinang .
Di samping itu, hanya hukuman ringan dikenakan terhadap kebanyakan dalang pengeluar IC Palsu ini mahupu orang asing yang memegang IC meragukan yang didaftarkan dalam daftar pemilih.
” Tiada usaha bersama untuk menyelidiki dengan lebih mendalam orang-orang dan sindiket di sebalik pengeluaran IC haram. Tindakan untuk menyingkirkan pemegang IC haram ini dari daftar pengundi tidak ada. Hampir kesemuanya masih kekal sebagai pemilih dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya, Jalumin berkata..
Pendatang asing dan pendatang haram ini merupakan ancaman yang besar terhadap keselamatan dan kedaulatan Malaysia. Kerajaan sepatutnya tidak menerima ancaman orang-orang Rohingya seperti yang viral dalam video mahupun ancaman militan dari Selatan Filipina seperti yang terlihat dalam video baru-baru ini, kata beliau.
“Di kebanyakkan daerah mengundi di Sabah, undi pendatang tanpa izin (PTI) yang telah diberikan IC dan didaftarkan sebagai pengundi sedikit sebanyak menentukan masa depan rakyat Sabah yang tulen.”
Masalah ini tidak hanya terhad kepada masalah keselamatan dan kedaulatan negara sahaja. Pendatang haram juga adalah beban kepada negara. Mereka menjadi salah satu punca dan pengurangan sumber dan pendapatan negara kita lebih-lebih lagi semasa kemerosotan ekonomi berpunca dari wabak coronavirus Covid-19.
Menurut Jalumin, di Sabah sahaja, bil perkhidmatan kesihatan yang belum dibayar oleh pendatang tanpa izin mencapai puluhan juta ringgit, yang mungkin lebih baik digunakan oleh rakyat Malaysia yang sebenar.
“Harapan orang Asal Sabah di Sabah, sebagai rakyat tulen Malaysia agar Kerajaan sekarang akan mengutamakan kedaulatan negara dan kesejahteraan serta harapan rakyat Malaysia yang tulen.”
Sudah tiba masanya segala kesalahan yang telah dilakukan oleh dua (2) kerajaan sebelumnya diperbaiki dan tidak mengulangi kesilapan meraka agar dapat melindungi keselamatan dan kedaulatan negara dan kepentingan rakyat Malaysia yang tulen, tegasnya.-pr/BNN