BORANG KEAHLIAN….Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tiga dari kanan) menerima 1000 borang permohonan menjadi ahli BERSATU daripada Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu Malaysia (PKBM), Encik Adzmi KK Juatan (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Naib Presiden BERSATU, Datuk Abdul Rashid Asari (dua dari kanan), Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tiga dari kiri) dan Bendahari BERSATU Negeri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (kanan) di bilik mesyuarat Pejabat BERSATU Sabah di Alamesra, Kota Kinabalu, hari ini.

Borang itu terdiri daripada para pemohon daripada bahagian Keningau, Pensiangan dan Tenom yang dikumpul oleh PKBM.

Terdahulu Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Sabah.- pr/BBN