KOTA KINABALU:   Kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting untuk pengukuhan hubungan antara kedua-dua pihak, bukan hanya dapat memberi manfaat kepada kerajaan negeri malah dapat memacu pembangunan di negeri ini.

Ketua Srikandi BERSATU negeri Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun (gambar) berkata sejak merdeka kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Pusat tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu merangka, merancang dan melaksanakan program untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi dan kemakmuran negeri melalui bantuan kerajaan Persekutuan.

Jelas Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort hubungan erat dan kerjasama perlu ada, di mana isu tuntutan Filipina kepada Sabah, Datuk Shafie Apdal menggesa Kementerian Luar bersikap tegas berhubung isu ancaman terhadap kedaulatan Sabah oleh Filipina.

Shafie memberitahu rakyat Sabah dijanjikan keselamatan dan perlindungan semasa penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Wisma Putra perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang disifatkan sebagai ancaman terhadap kedaulatan Sabah serta provokasi yang tidak sepatutnya dari negara jiran.

Baru-baru ini, keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina yang membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan Sabah di dalam pasport negara itu.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Azizah turut mengulas kenyataan Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (WARISAN), Jo-Anna Henley Rampas yang menyatakan Sabah tidak perlu bantuan kerana negeri ini kaya dengan hasilnya sendiri sebaliknya Perikatan Nasional (PN) yang harus menunaikan tanggungjawab mereka terhadap hak serta keistimewaan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jelas Azizah pendekatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah cerminan politik baharu di Malaysia, beliau dilihat kurang berpolitik tapi banyak bekerja dan terus buat kerja.

“Itu yang menjadi harapan kita dan amalan kerajaan baharu jika berjaya ambil alih tampuk pemerintahan negeri. Perdana Menteri amat fokus dalam bekerja demi rakyat berbanding berpolitik.

Pendekatan itu, katanya, wajar dicontohi semua pihak dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Tegas Azizah kerjasama akan lebih mudah sekiranya kerajaan negeri berada di landasan sama dengan kerajaan Persekutuan.

Katanya, keutamaan kerajaan negeri sepatutnya menjurus kepada menyelamatkan sektor ekonomi yang terkesan berikutan pandemik COVID-19.

“Keutamaan kita adalah untuk memulihkan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada usaha menyemarakkan kegiatan ekonomi dan kurangkan berpolitik,” katanya.

Selain itu, Azizah juga menegaskan bahawa tidak ada istilah ‘Sabah kaya dengan hasil sendiri’ dan tidak memerlukan perhatian serta bantaun dari kerajaan persekutuan.

“Kita (Sabah) adalah sebahagian daripada Malaysia dan ini sudah jelas menunjukkan bahawa kita juga mempunyai ruang yang sama untuk diberi perhatian dan bantuan oleh kerajaan persekekutuan terutama semasa berdepan cabaran pandemic Covid-19, dan segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan adalah untuk rakyat, untuk kebajikan rakyat, kesejahteraan rakyat dan kelangsungan hidup mereka.

“Siapa dia (Joe Anna) mahu mempertikai dan mengatakan bahawa Sabah mampu membantu rakyat sendiri, sedangkan ramai rakyat ‘terlepas’ daripada mendapat bantuan daripada kerajaan negeri, ini adalah mementingkan diri sendiri dan sikap pentingkan diri pemimpin, tidak akan membawa kebaikan kepada rakyat, tetapi akan menyusahkan rakyat,” ujar beliau.-pr/BNN