KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 927 kes. Bilangan
kematian adalah 7 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 12,745 kes. Sehingga hari ini, seramai 5,476 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, seramai 7,164 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.
Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di daerah Kudat iaitu:
(i) Kluster Kapor sebanyak 46 kes.
Pada hari ini, daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi sebanyak 532 kes. Daripada jumlah ini, 439 kes adalah dari Kluster Penjara Kepayan. Manakala, 14 kes daripada saringan bergejala, 4 daripada saringan kendiri, 68 kes daripada saringan kontak rapat, 4 kes daripada saringan kemasukan hospital dan 3 kes daripada saringan sebelum bekerja.
Daerah Tawau pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 81 kes pada hari ini. Daripada jumlah ini, Kluster Benteng (5 kes), Kluster Tanah Merah (3 kes), Saringan Bergejala (5 kes), Saringan Kendiri (2 kes), Saringan Dalam Komuniti (31 kes), Saringan Kontak Rapat (33 kes), Saringan Kemasukan Hospital (1 kes) dan Saringan Brought In Dead (BID) (1 kes).
PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI TAMAN KHAZANAH INDAH DAN PANGSAPURI MUTIARA KASIH, LAHAD DATU SERTA FELDA UMAS KALABAKAN
Tempoh PKPD dilanjutkan untuk tempoh dua (2) minggu lagi bermula dari 27 Oktober 2020 hingga 9 November 2020 Walau bagaimanapun, kelonggaran akan diberikan terhadap perniagaan kedai runcit untuk beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk sekitar membeli barang keperluan asas.
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI LOKALITI TAMAN MESRA DAN TAMAN MAWAR SANDAKAN
PKPD di Lokaliti Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan akan dilaksanakan untuk tempoh selama dua (2) minggu bermula dari 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020.
BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, sebanyak 90,471 bakul makanan telah diagihkan.
LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR) DAN HEBAHAN UMUM INFO ON WHEELS
Sebanyak 65 SJR telah dilaksanakan di 65 lokasi melibatkan 27,609 kenderaan diperiksa. Manakala, sebanyak 234 buah kenderaan diarah berpatah balik dengan enam (6) tangkapan dan 25 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP COVID-19.
Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah telah dilaksanakan di 51 buah lokasi di enam (6) buah daerah.
Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan
rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
Dalam kesempatan ini, saya menyeru semua penduduk negeri Sabah berikhtiar dan terus berdoa mengikut kepercayaan masing-masing agar Negeri Sabah segera pulih dari pandemik COVID-19.
#kitajagakita #stayhome #staysafe
#workfromhome
#normabaharu
Sekian.
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II
26 Oktober 2020