PENDUDUK KAMPUNG TIMBANG DAYANG MENERIMA SUMBANGAN

0
128
Sumbangan....Japlin menyerahkan sumbangan pek makanan kepada 100 orang penduduk Kampung Timbang Dayang Kota Belud.

KOTA BELUD:Penduduk di Kampung Timbang Dayang Kota Belud diharapkan bersabar dan tabah menghadapi dugaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan mereka dilanjutkan sehingga 18 Januari ini.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud Datuk Japlin Akim, berkata segala yang diputuskan oleh kerajaan ada hikmah di sebaliknya dan sudah tentu untuk kebaikan rakyat keseluruhannya.

Katanya, perlaksanaan PKPD selama 14 sebelum ini sudah menampakkan kejayaan dan rakyat harus percaya apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan, mempunyai sebab tertentu bagi membolehkan dua penempatan ini bersih sepenuhnya daripada pencemaran wabak COVID-19.

“Seperti yang kita ketahui, pihak kerajaan tidak akan membiarkan anda semua kekurangan dari segi lojistik termasuk bekalan makanan asas dan barang keperluan harian.

“Oleh itu apa yang perlu anda lakukan adalah mematuhi setiap arahan serta perlaksanaan PKPD ini bagi membolehkan apa yang dirancang kerajaan berjaya dan semestinya untuk kepentingan semua,” katanya ketika ditemui selepas mengagihkan pek makanan kepada 100 orang penduduk kampung di sekitar Kampung Timbang Dayang Kota Belud di sini kelmarin.

Penyerahan sumbangan Datuk Japlin Akim ke Kg Timbang Dayang yang terlibat dengan PKPD.

Turut mengiringi rombongan adalah ahli-ahli jawatan kuasa Bahagian Bersatu yang lain. Tidak ketinggalan wakil dari ahli jawatan kuasa Srikandi Bahagian yang bersama menghantar sumbangan ini.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mangsa dan memberi manfaat buat mereka.-pr/BNN


Sumbangan….Japlin menyerahkan sumbangan pek makanan kepada 100 orang penduduk Kampung Timbang Dayang Kota Belud.