KOTA KINABALU: Setelah hampir setahun menanti tiga buah keluarga kini berlapang dada apabila menerima kunci rumah Selepas rumah mereka dihanyut banjir pada bulan Jun tahun lepas (2020).
Hari ini mantan Adun Usukan Datuk Japlin Akim menyerahkan kunci rumah PPRT kepada Sani Jeman, Ledah Ajah dan Fereiji Manjah daripada Kampung Lebak Engad Kota Belud.
Menurut Japlin rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin ( PPRT) telah dipohon melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan peruntukan RM180 ribu. Setiap satu rumah kos anggaran RM60 ribu.
Peruntukkan  itu dipohon daripada KPLB semasa beliau masih menjadi Adun Usukan tahun lepas.
Katanya projek pembinaan rumah pprt itu terlewat di sebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) Rumah dihanyut semasa banjir teruk yang melanda di kampung itu.
Dalam majlis itu, Japlin yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud turut menyerah barangan makanan kepada keluarga itu.-pr/BNN