KOTA KINABALU: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah ( PRESBAH ) mengajak semua pemimpin apa jua anutan parti berjiwa besar dalam memberi cerminan baik untuk ahli dan rakyat. Perjuangan bukan untuk mengutamakan parti dan ahli semata – mata, 35 juta rakyat malaysia bersandar harapan mengharapkan pemimpin politik bersikap matang.
Dalam satu kenyataan presiden PERSBAH Hj.Yahya Hj.Ahmad siapa saja termasuk penimpin umno harus memberikan contoh terbaik membawa pendekatan yang dilihat lebih harmoni, bersatu bermuafakat dalam membawa negara dan rakyat dipersekitaran berkampung beban sukar agar segera bebas sihat berkelapangan.
Menurut beliau, dikala negara berdepan dengan pandemik covid dengan pelbagai kluster dan verian baru ujud disana sini sepatutnya semua orang fokus kepada saling mendorong dan membawa buah pandangan.
“Sangat mengeciwakan rakyat jika pemimpin parti sibuk dengan politik tanpa had masa apalagi disebalik perjuangan kenampakan berbalah bersangketa untuk kepentingan agenda diri dan kelompok bukan untuk membawa gerbang kesejahteraan negara,” katanya.
“Bagi saya, selaku Presiden PRESBAH tiada masa untuk kita terperangkap dalam dunia politik orang politik tanpa iman, benar dan sabar, apalagi membiarkan rakyat kita sudah susah terbeban turut dikelirukan. Dalam keadaan sekarang matlamat dan niat untuk mengubah kerajaan atau mahu menuntut PM berundur tidak akan membawa sebarang perubahan penambahbaikan apalagi mengurangkan kes covid. Yang akan muncul penyakit sama tidak akan ada kesudahanya isu berebut jawatan, permainan politik yang sangat buruk cerminanya dalam negara kita.”
Kualiti diri dan integreti peribadi sudah tidak mampu diutamakan dalam kepimpinan, katanya.
“Isu muafakat mengurus keutamaan negara dan rakyat sudah banyak susut nilai dan terabai. Rakyat dan ahli parti juga jadi mangsa dan diperbodohkan. Untuk muhasabah dan istiqamah pandai pasang dan surut.”
“Apakah dengan menukar PM dan kerajaan masalah akan selesai. Jawapanya tidak mungkin. Yang selesai isu kepentingan peribadi tercapai. Namun masalah pandemik dan beban rakyat tetap sama. Tiada ada siapa dapat memberi jaminan apabila mereka naik jadi PM atau jadi kerajaan baru pengurusan mereka lebih berjaya dan kes covid akan jadi sifar? Jika ini mereka dapat jamin sudah tentu kita dan rakyat akan sebulat hati menyokongnya.”
Sebagai pemimpin tidak perlu diajar apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan saat negara diambang krisis pandemik covid dan proses pemberian vaksin kepada rakyat belum mencapai sasaran, kata beliau.
“Menyalahkan kerajaan dan PM gagal mengurus pandemik Covid-19 itu kurang cerdik, sebab banyak negara mengalami keadaan sama, bahkan sikap orang kita juga disiplin serta faktor ekonominya juga tidak sama. Bukankah menjaga urusan vaksin dan pengawalan pandemik covid juga kalangan menteri dari parti sendiri. Jangan gadai nyawa rakyat untuk menganggu kestabilan apalagi ghairah untuk mendesak PRU diadakan dlm tempoh terdekat.”
“Sepatutnya semua orang lupakan soal politik untuk waktu sukar ini bagi bersama – sama kerajaan memerangi Covid-19 demi masa keselamatan dan kelapangan hidup rakyat terbela. Semua kestabilan dapat dipulihkan.”
“Sebab itu kita menuntut semua pemimpin dan ahli politik kena kembali diposisi muhasabah yang benar – benar tulus untuk rakyat, memperbetulkan semua sikap buruk, cara mengurus politik dan niat juangnya supaya kita semua dipayung keberkatan hidup dalam bernegara. “
“Bagi saya, sesungguhnya tidak ada urusan manusia itu sempurna, namun bila semua kelebihan kita satukan ia sumber kekuatan kita mengurus semua masalah. Hanya jangan salahkan orang lain menutup kelemahan kita, kerana yang merosakkan diri kita itu adalah sikap alpa kita sendiri kurang konsistan , kurang beramanah dan lemah integreti saat suka namun sangat berdosa melibatkan orang lain jujur beramanah dengan prasangka dan sangka buruk.”-pr/BNN