Ewon menerima kunjungan KDCA Kota Belud

0
25
Ewon (duduk tengah), Charles (duduk dua dari kiri) dan James (duduk dua dari kanan) bergambar bersama rombongan KDCA Kota Belud selepas kunjungan itu

KOTA KINABALU:  Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada ahli jawatankuasa tertinggi Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Kota Belud, di pejabatnya di KPLB Sembulan Kota Kinabalu, hari ini.

Kunjungan itu diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi KDCA Sabah Charles Dalinsing, Pengerusi Penyelaras KDCA Kota Belud James Muyou dan disertai ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan itu ialah aktiviti KDCA Kota Belud sepanjang tahun ini termasuk penyertaan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA, Santai Kaamatan Raya Kota Belud, Larian Koisaan, Pelancaran Roadshow Penggunaan Bahasa Kadazandusun dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang.

Dalam kunjungan itu Ewon yang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, beliau akan berusaha untuk membantu mendapatkan hadiah pelajar cemerlang.-pr/BNN