TUARAN: Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag hadir untuk memberi sokongan kepada penderma darah yang menjayakan kempen Jom Derma

Darah di Hospital Tuaran, di sini hari ini Jom Derma Darah itu adalah anjuran bersama Persatuan Tzu Chi, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Tuaran dan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS).

Beliau berasa gembira melihat sambutan menggalakkan daripada penderma yang membantu pelaksanaan jom derma darah itu.

Juliah yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS berharap lebih banyak program seperti
itu dianjurkan pada masa akan datang di daerah ini, bagi membantu keperluan bekalan
darah di Tabung Darah Hopital Tuaran.

Isteri Ketua Menteri itu turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan daripada
MUTIARA GRS kepada penderma darah yang hadIr sempena kempen berkenaan.

Sementara itu Pengarah Hospital Tuaran, Dr. G Mohan Gopal Naidoo berkata program
itu menyasarkan sekurang-kurangnya 50 hingga 100 pain darah menerusi kempen kali ini.

“Sambutan amat menggalakkan dan kebanyakan yang datang ini adalah penderma biasa.
Kita menyasarkan antara 50 hingga 100 pain darah dapat dikumpul hari ini.

“Kempen anjuran badan bukan kerajaan (NGO) ini termasuk MUTIARA GRS diharap
dapat membantu bank darah di hospital ini terutama untuk keperluan pesakit talasemia,”
katanya sambil menambah lebih 50 orang dijangka hadir menderma darah menerusi
kempen ini.

Beliau berkata kempen derma darah kerap dianjurkan oleh pihak hospital, sekurang-
kurangnya tiga kali sebulan.

Yang turut hadir isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Panglima Cecilia Edwin
Kitingan; isteri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Tamparuli, Datin Malianah Ugau dan isteri Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi dan isteri
ADUN Kiulu, Datin Lucy Irene Yong.-pr/BNN

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag diiringi Pengarah Hospital Tuaran, Dr G. Mohan Gopal Naidoo, bersama salah seorang penderma darah sempena Program Derma Darah Hospital Tuaran bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Tuaran, di Hospital Tuaran, di sini pada Ahad.