UMNO Sabah hormati keputusun Saddi

0
128
Hajiji (tiga dari kanan) semasa mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan sayap-sayap UMNO Sabah.
KOTA KINABALU: Badan Perhubungan Umno Sabah menghormati keputusan ADUN Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, tindakan Saddi itu sudah dijangka memandangkang beliau kini tidak memegang sebarang jawatan dalam UMNO Bahagian.
Menurutnya, keputusan Saddi itu tidak akan menjejaskan kekuatan UMNO Sabah dan Bahagian Kinabatangan malah semangat ahli-ahli UMNO masih tinggi dan akan terus bangkit untuk menghadapi sebarang ujian dan cabaran seumpama ini.
“UMNO mempunyai ramai pemimpin dan yang berhenti atau keluar parti pasti ada penggantinya”, katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin 3 sayap UMNO bahagian-bahagian di Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hari ini.
Bagaimanapun katanya, UMNO Negeri masih belum menerima surat rasmi daripada Saddi berhubung keputusannya itu.
“Saya hanya mengetahuinya melalui media massa. Belum ada surat rasmi yang saya terima.
“Jika itu adalah  keputusan Saddi, maka UMNO Sabah menghormati keputusannya menjadi ADUN pembangkang bebas,” katanya.
Hajiji berkata, keputusan Saddi itu tidak akan mengubah status UMNO Sabah yang kini adalah pembangkang.
Beliau berkata, UMNO Sabah akan terus berkerja keras, berkhidmatan kepada rakyat negeri ini dan memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.
“Umno tidak menabur janji kosong  dan menipu rakyat, seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) yang kini menerajui Kerajaan”, tegasnya.-Oleh L.S.Kuang/BNN