PENAMPANG: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) komited dalam memberikan bantuan kepada para penduduk di sini.
Ketua Bahagian PBRS Penampang, Datuk Fredie Sua berkata, PBRS akan terus komited dalam memberikan bantuan berbentuk makanan seperti beras dan lain-lain keperluan kepada beberapa kampung di daerah ini.
Bulan ini sahaja, katanya, pihaknya telah menyumbangkan bantuan makanan kepada beberapa kampung yang berada dalam Perintah Kawalam Pergerakan Diperketatkan (PKPD) antaranya Kampung Ramayah, Madsiang, Pogunon dan Nambazan.
Seramai 320 ketua isi rumah (KIR) yang telah menerima sumbangan beras di kampung-kampung berkenaan.
Bantuan yang diberikan adalah hasil kutipan dari kalangan ahli serta rakan-rakan PBRS, kata Fredie dalam kenyataan media hari ini.
“PBRS Bahagian Penampang akan terus membantu rakyat di sini, dan kita akan berusaha membuat yang terbaik.
“Saya juga ingin sarankan di sini supaya orang ramai terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan dan melengkapkan vaksinasi agar imuniti kelompok dapat di capai.
Fredie turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa (AJK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamanatn Kampung (JPKK) serta Ketua Kampung yang terlibat menjayakan misi bantuan makanan ini.-pr/BNN