KOTA KINABALU:  Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri
Majlis Ramah Mesra Bersama Social Media Influencers di Sabah International Convention Centre (SICC), semalam.

Majlis itu dianjurkan oleh Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan
Ketua Menteri Sabah.

Dalam sesi ramah mesra dan interaksi itu, Hajiji menerangkan Hala Tuju Sabah Maju
Jaya (SMJ), Belanjawan Negeri Sabah 2022 dan usaha serta cabaran yang dihadapi
oleh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam mendepani pandemik
COVID-19.

Beliau juga meminta penggiat media sosial membantu kerajaan negeri dalam
menyampaikan maklumat dan fakta yang betul berhubung dasar-dasar kerajaan dan
isu-isu semasa berkaitan.

Antara penggiat media sosial berpengaruh yang hadir ialah Duyung Darat, Ben
Uzair, Tumatik, Laki-Laki Kacak 2, Tinimungon Tangon Kadazan Dusun, Eylia
Guntabid, Dabra Sia,Rosario Bianis,Angelica Paujin, Maldini, Fanzi Ruji, Keddy
Mahdfuz, Wehanida, Tashri Abdullah Cyrill, Clyrie von Derek dan Gabriella Rachel.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar
Untong, Pengarah IKRAR, Encik Azrul Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Penyelidikan dan Inovasi Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah, Prof
Madya Dr Ts Ramzah Dambul dan Pengurus Besar Pusat Ekonomi Kreatif dan
Inovasi Sabah (SCENIC), Puan Viviantie Sarjuni.-pr/BNN