KOTA KINABALU: Berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung dengan pemberian dokumen pengenalan kepada warga Asing di Sabah, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata dokumen tersebut tidak memberi status legality.
Menurutnya lagi, cadangan sedemikian perlu dihadkan kepada pekerja yang bermajikan sahaja. Meskipun melalui cadangan tersebut menyebut hanya mereka yang sudah lama berada di Sabah, akan tetapi dikhuatiri ianya akan menyebabkan masalah yang lebih besar.
“Sekiranya tidak, maka ianya akan mendorong Ramai warga asing membanjiri Sabah pada masa akan datang” tambah beliau.
Beliau juga mencadangkan agar, pihak penguatkuasa imigresen segera memperkasakan penguatkuasaan Dan menghantar pulang *pendatang tanpa izin* ke negara asal mereka.
Pada masa yang sama, penguatkuasaan sempadan bagi menghalang kemasukan PTI mesti diperkuatkan.-pr/BNN