KOTA KINABALU: Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) berasa kecewa dan sedih apabila disisihkan daripada pertemuan antara persatuan-persatuan penggiat seni Sabah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim di Kota Kinabalu.
Presiden KKFVA Katak Chua berkata, minggu lepas setelah dimaklumkan oleh Pengarah Filem Tony Gitom bahawa CEO Finas akan datang, KKFVA telah mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa KKFVA untuk membincangkan permasalahan dan cadangan untuk penambaikkan industri kreatif di Sabah untuk disampaikan kepada Ketua Pengarah Eksekutif Finas, tetapi malang sekali ini pula yang terjadi.
”Sejak perlantikkan Dr. Md Nasir pada 30 Oktober 2021, kita nampak banyak aktiviti telah dilaksanakan tetapi hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia sahaja. Kami berasa gembira apabila mengetahui Dr. Md Nasir akan membuat pertemuan dengan penggiat-penggiat kreatif di Sabah tetapi akhirnya menambah kekecewaan kami terutamanya ahli-ahli persatuan KKFVA apabila disisihkan daripada pertemuan tersebut’. Tambah beliau lagi.
Chua turut berkata, mungkin sudah sampai masanya menteri K-KOMM sendiri turun padang seperti apa yang dilakukan oleh menteri terdahulu. Menteri perlu mengetahui dan memahami senario penggiat kreatif di Sabah dan Sarawak terutamnya selepas terkesan dari pandemik covid 19.
Katak Chua, Pengarah filem ”Craze Below The Wind” yang kini telah masuk tayangan minggu kedua di 14 pawagam di seluruh negara sejak 26 Mei 2022 merupakan antara filem yang telah tertangguh tayangannya sejak tahun 2020.-pr/BNN