KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.

Menurut kenyataan akhbar oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor, GRS senada dengan GPS untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan
perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat. Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan
rakyat.”-pr/BNN