Yahya serah bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil, penoreh getah

0
213
Yahya (bersongkok) bergambar bersama sebahagian daripada 200 penerima BMT daerah Papar.
Yahya (tengah) menyerahkan BMT kepada penerima yang layak di majlis itu.

PAPAR: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyerahkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) khusus kepada pekebun kecil dan penoreh getah daerah Papar di Dewan Masyarakat Papar, har ini.

Seramai 200 orang menerima BMT sebanyak RM200 daripada Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri di majlis itu.

“BMT merupakan insiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu meringankan beban kewangan pekebun kecil getah  dan penoreh apabila punca pendapatan utama mereka terjejas teruk dalam tempoh tiga bulan musim tengkujuh, yang melanda di seluruh negara.

“Menerusi BMT, pemohon yang layak akan menerima bantuan RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan, mulai November 2017 yang dilaksanakan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). Pembayaran BMT dijalankan melalui dua cara iaitu pembayaran terus ke akaun bank penerima ataupun pembayaran secara tunai”, kata Yahya.

Yahya (bersongkok) bergambar bersama sebahagian daripada 200 penerima BMT daerah Papar.

Menurutnya, setakat ini, LIGS telah mendaftarkan 47,900 orang pekebun kecil dan 17,613 orang penoreh getah di negeri Sabah. Dari jumlah ini, 50,799 orang layak menerima BMT.

Katanya, untuk daerah Papar sahaja, seramai 1,209 orang pekebun kecil telah menerima BMT pertama pada bulan November 2017 dan akan menerima pembayaran seterusnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi LIGS, Dato’ Webley Disim, Pengurus Besar LIGS, Datuk Harris Mathews, Pegawai Daerah Papar, Encik Adnan Atin dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.-pr/BNN