Yahya rasmi sambutan Maulidur Rasul daerah Putatan

0
245
Yahya (empat dari kiri) menyampaikan Tokoh Maulidur Rasul Daerah Putatan kepada Haji Abd.Kahar Mohd.Zain di majlis itu.
Yahya (lima dari kiri) bersama Ag.Abd.Ghani (enam dari kiri), Ir.Shahelmey (tiga dari kanan) dan masyarakat Islam berarak ke Dewan Sri Putatan.

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan, hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri turut menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Timbalan Pengerusi SAFMA, Haji Abd.Kahar Mohd.Zain.

Anugerah Khas pula diberikan kepada mantan pemandu Yahya, Allahyarham Derim Ujub.

Yahya (empat dari kiri) menyampaikan Tokoh Maulidur Rasul Daerah Putatan kepada Haji Abd.Kahar Mohd.Zain di majlis itu.

Terdahulu Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berarak bersama-sama masyarakat Islam dari perkarangan dewan.

Beliau turut merenjis seramai 100 kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai Daerah Putatan.

Turut hadir ialah Mufti Kerajaan Negeri, Sahibus Samahah Datuk Bungsu@Aziz Haji Jafar, Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag Abd.Ghani Pg.Yusof, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putatan, Ir.Shahelmey Yahya, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Petagas, Haji Ali Hussin Sharin dan pemimpin masyarakat setempat.-pr/BNN

Yahya merenjis kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai.