KOTA KINABALU: Pengistiharan Akta Perdagangan Antarabangsa  mengenai spesies terancam (CITES)  2008, hanya sekitar 100 spesies Yu dan Pari berbanding 35,000 spesies  yang tersenarai yang perlu dikawal perdagangannya  melalui quota.
Dalam satu kenyataan, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jeffery Kitingan berkata, di rekodkan terdapat 147 spesies yu & pari (Yu 63 dan pari 84) terdapat di perairan di perairan Malaysia termasuk di Sabah. Lebihkurang 13 spesies adalah tersenarai sebagai   endangered spesies di bawah Akta Perikanan 1985 (Peraturan Pengawalan spesies terancam 1999) dan Akta CITES 2008 yang tidak boleh di tangkap dan dieksport keluar. Negeri Sabah melalui Jabatan Perikanan Sabah di bawah bidang kuasanya  tidak pernah membenarkan perdagangan eksport, iaitu penetapan  quota sifar   ke atas   yu dan pari   hidup mahupun tersenarai di bawah CITES.
Beliau merujuk kepada berita  suratkhabar tempatan  bertarikh 8 Ogos 2023 dan, isu yang  yang sama di viralkan melalui media facebook mengenai  terdapatnya penjualan spesies ikan marin yang disyaki merupakan spesies terancam (endangered species)  melibatkan Ikan Yu dan Pari yang dijual di pasar ikan di salah satu daerah di Pantai Timur Sabah.
“Pihak Kementerian memandang serius perkara ini  JIKA BETUL, mengenai terdapat aktiviti penjualan  seperti dilaporkan,” kata nya.
Menurut beliau, penelitian awal Jabatan Perikanan Sabah melalui berita dan gambar yang disiarkan dikenalpasti  sebagai bamboo Shark (Chiloscyllium punctatum) dan spesies ini tidak  dalam senarai sebagai  speseis terancam.  Manakala bagi spesies paru tanduk, ianya disahkan  bukan dari  spesies   Mobula birostris atau Mobula alfredi   yang tersenarai sebagai spesies terancam sama ada di bawah Akta Perikanan 1985. Sebagai makluman, terdapat lebih kurang 10 jenis pari  tanduk (devil ray) dari genus Mobula yang disenaraikan sebagai endangered spesies  di bawah Akta CITES 2008.
“Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makan Sabah melalui Jabatan Perikanan sentiasa mengambil langkah yang perlu dan wajar dalam  melindungi spesies ikan yang terancam  melalui penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 dan Akta CITES 2008. Antaranya tidak pernah meluluskan lesen khusus kepada mana-mana vessel untuk menangkap ikan yu (Shark fisheries) seperti berlaku di negara lain.”
“Jabatan Perikanan juga telah memasukkan ‘Larangan aktiviti penyiripan ikan yu’ iaitu pemotongan atau pemilikan sirip ikan yu di atas vessel penangkapan ikan sebagai syarat tambahan lesen dan peralatan menangkap ikan sejak 25 Februari, 2014.”
Kesalahan dan perlanggaran di bawah Akta Perikanan 1985 (Pengawalan spesies ikan terancam 1999), Seksyen 25(b) boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai spesies terancam 2008 (Akta 686) denda Perlanggaran  bagi Seksyen 10(a), orang perseorangan tidak melebihi Satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan/spesies atau, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Seksyen 10(b) “… pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap haiwan  tetapi tidak melebihi dua juta ringgit.
Jabatan Perikanan Sabah dalam melaksanakan   Akta Perikanan 1985 dan Akta CITES 2008 sentias  mengadakan operasi Laut dan Darat.  Setakat 07 Ogos, 2023 di  empat  daerah Wilayah Tawau,  sebanyak 117 operasi  termasukah di pasar-pasar dijalankan bagi pemantauan  penjualan ikan yang ditangkap menggunakan  bahan letupan dan ikan-ikan yang termasuk dilarang penjualannya.
Sepanjang operasi tersebut sebanyak 50 kes pelbagai kesalahan telah diambil tindakan dan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan termasuk Operasi pagi  08 ogos, 2023 di pasar Semporna  oleh  Unit  Penguatkuasa Jabatan Perikanan seramai mengesahkan tiada penjualan ikan yang dikategorikan sebagai endangered species  di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta CITES 2008.-pr/BNN