KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama- sama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji

Mahiruddin menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran serta Solat Hajat sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Tahun 2023 di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang pada Jumaat.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan Yassin, Tahlil, doa kesyukuran dan kemudiannya Solat Jumat dan Solat Hajat.

Turut hadir ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Haji Mohd Naim Haji Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Makhzan bin Mahyuddi, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohd Hamsan Awang Supian dan Mufti Kerajaan Negeri, SS Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar.-pr/BNN