KOTA KINABALU: Kathirina Tati Sitaim, dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Ogos 1958. Berketurunan suku kaum Kadazan, beliau berkerjaya dalam bidang perhotelan.  kini sudah bersara. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah pada tahun 1996/1997, 2016/2017, 2018/2019 dan 2020/2021.
Dia mendapat pendidikan awal di SRK Tg Aru dan menengah di SMK SANZAC Kota Kinabalu dan mempunyai diploma dalam pengurusan hotel dan pengurusan perniagaan. Beliau juga mempunyai Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan.
Kathirina telah mendapat anugerah ;sebagai Tokoh Penulis Sabah (2016), Honorary Doctorate Degree in Humanity, Prixton Church and University, USA – September 2021 dan World Parliament of Peace Lifetime Achievement-Noble Peace Personality Award, India 2021.
Kathirina telah menulis sebanyak 23 buah buku, novel dewasa, novel remaja, novel kanak kanak, cerita kanak kanak bergambar, dan kumpulan cerita rakyat dari Negeri Sabah, kumpulan cerpen dan kumpulan puisi.
Beliau juga telah menyelenggara 18 buah buku antologi Cerpen dan puisi . Kebanyakan karya beliau, mengangkat kearifan tempatan begitu juga dengan antologi, kebanyakan mengangkat tema budaya dan kesenian Kadazandusun/Murut/Rungus (KDMR)
Selain menulis, Kathirina juga giat dalam aktiviti budaya Kadazandusun, sebagai penglipur lara, mendendangkan lagu lagu puisi tradisi Kadazandusun.Beliau sering menghadiri pertemuan sasterawan Nusantara dan Antara Bangsa dengan membawa lagu lagu puisi tradisi Kadazandusun dengan memperkenalkan baju budaya KDMR. Antara negeri dan Negara yang pernah dilawati dengan mendendangkan lagu puisi selain ialah Singapura, Sarawak, Brunei, Kalimantan, Jakarta, Bogor, Bandung, Riau, Batam, Palembang, Jokja, Semenanjung (Kuala Lumpur, Perak, Kelantan. Thailand ( Songkla dan Bangkok)
India (Madras dan Kerala).
Kathirina juga giat menghantar karya beliau di Majalah Azahar di Spanyol.-BNN