KOTA KINABALU: Sesi pendaftaran pelajar baru University College Sabah Foundation (UCSF) yang masih berjalan bagi ambilan Febuari 2024 mendapat sambutan yang menggalakkan.
Program Orientasi untuk Pelajar Baharu (Ambilan Februari 2024) telah berlangsung pada 15 hingga 16 Februari 2024 bertempat di kampus UCSF, Sembulan.
Ramai pelajar baharu yang datang dari segenap pelusuk negeri Sabah telah menyertai program ini yang merupakan program wajib hadir bagi pelajar baharu yang mendaftar di UCSF.
Menurut Pemangku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UCSF, Puan Mazlinah binti Binamin, pendaftaran pelajar baharu masih dibuka untuk beberapa minggu lagi.
Katanya, pendaftaran masih dibuka untuk beberapa minggu lagi. Antara pengisian program kali ini ialah slot rutin seperti taklimat ringkas daripada beberapa jabatan seperti Jabatan Pendaftar, Pejabat Kewangan, Unit Wakaf dan Endowmen, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti Akademik.
Katanya, program itu dikendalikan sepenuhnya oleh “Student Representative Council” (SRC) sesi 2023/24 yang diketuai oleh Presiden SRC, Encik Lenley Gary Ambross.
Katanya, program dua hari ini turut diselitkan juga dengan pelbagai aktiviti permainan, sukan dan rekreasi yang bertujuan untuk membantu proses transisi pelajar ke universiti serta memberi pendedahan dan sekaligus membina hubungan baik di antara pelajar sedia ada dengan pelajar baharu.
“Program ini berakhir dengan bacaan ikrar oleh pelajar baharu, penyampaian hadiah, sesi bergambar serta ucapan majlis penutupan yang disempunakan oleh Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris.
Dalam ucapannya, Dr Rafiq mengingatkan pelajar baru, selain mempelajari perkara yang dikongsikan di dalam kuliah-kuliah dan aktiviti universiti, mereka digalakkan turut berusaha sendiri dalam mempertajamkan “soft skills” serta kemahiran tambahan agar lebih berdaya saing apabila masuk ke pasaran kerja kelak.
Turut hadir pada Majlis Penutupan Program Orientasi itu ialah Dekan- Dekan Fakulti, Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Jabatan dan kakitangan UCSF.-pr/BNN