KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas Tahun 2024 di Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu pada Khamis.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin menyempurnakan upacara pembukaan tersebut.

Hajiji dan Juliah turut menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Sabah di Dewan Bankuasi sejurus selesai upacara pembukaan. Turut hadir ialah isteri Juhar, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M.Yahya, jemaah kabinet negeri dan Ahli-ahli DUN Sabah.-pr/BNN