BEIJING: Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, Dato’ Norman Muhamad, bersama warga Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Malaysia di tanah air dan komuniti Malaysia di China.
Beliau berkata, sambutan Aidilfitri bukan sekadar perayaan, sebaliknya membawa makna mendalam sebagai saat kembali kepada fitrah, memperbaharui hubungan serta mengeratkan silaturahim walau berada jauh di perantauan.
Menurutnya, meskipun dipisahkan oleh jarak, semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tetap utuh, sekali gus menghubungkan mereka merentasi sempadan geografi.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal ini membawa keberkatan serta memperkukuh hubungan sesama insan,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa walau sejauh mana rakyat Malaysia merantau, ikatan terhadap tanah air tetap kukuh dan menjadi asas kepada perpaduan.-pr/BNN





