KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, di sini pada Selasa.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden PBS,Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili bersama pemimpin kanan parti itu serta GRS.

Selain menikmati jamuan Aidilfitri, tetamu turut disajikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan gambus dan nyanyian, persembahan khas, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta acara memotong kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri PBS. -pr/BNN