KOTA KINABALU: Sheraton Kota Kinabalu Hotel melancarkan sajian Daily High Tea yang menawarkan pengalaman minum petang mewah di tengah bandar raya Kota Kinabalu.
Disajikan di restoran khas hotel itu, @More, promosi berkenaan berlangsung setiap hari dari jam 11 pagi hingga 5 petang.
Dengan harga RM148 bagi dua orang, pakej tersebut menampilkan teh premium Dilmah bersama pelbagai hidangan istimewa seperti skon mentega, pencuci mulut dan sajian savuri.
Antara pilihan teh yang ditawarkan ialah SJG Ceylon Original Breakfast Tea, SJG Nuwara Eliya Afternoon Tea, SJG Pure Darjeeling, SJG Silver Jubilee Earl Grey, SJG Ceylon Ginger with Honey & Mint, SJG Ceylon Rose & Mint, SJG Ceylon Full Leaf Green Tea, SJG Moroccan Mint Green Tea, SJG Natural Jasmine Green Tea dan SJG Pure & Natural Chamomile.
Wakil Dilmah, Hans Lau, berkata seni penyediaan teh merupakan warisan yang diwarisi turun-temurun dan perlu dihargai.
Antara sajian yang disediakan ialah pilihan tea sandwiches hasil sentuhan Chef Ryan Poon seperti Turmeric Sourdough Smoked Duck Breast, Fruits Gastrique, Curried Egg, Celery, Cucumber Wrapper Sandwich, Kurage Sausage Roll dan Forestière Smoked Chicken, Vol-au-vent.
Turut ditawarkan pelbagai manisan termasuk Seasonal Berries Tartlets, Pistachio Paris-Brest, Death by Chocolate Brownies serta Carrot, Pineapple Cake.
Melengkapkan sajian ialah Raisins Scones dan Classic Scones yang dihidangkan bersama Rosewater, Raspberry Jam Clotted Cream.
Ruang makan juga mampu memuatkan sehingga 60 tetamu di kawasan utama selain sudut lebih intim untuk kumpulan kecil antara empat hingga enam orang.
Pengarah Pemasaran Hotel, Tina Goh, berkata pihaknya mahu menyediakan ruang santai harian untuk pelanggan menikmati masa berkualiti bersama hidangan terbaik.
“Ini merupakan gabungan pertama seumpamanya di Sabah antara jenama teh premium dan kepakaran makanan serta minuman Sheraton,” katanya.-BNN





