KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah hari ini mengumumkan pelantikan 25 Ketua Bahagian (Penaja) baru melalui penstrukturan semula bahagian mengikut kawasan parlimen. Penstrukturan dan pelantikan ini sebagai satu langkah penting memperkukuh struktur organisasi serta memperkasa kepimpinan parti di peringkat bahagian.

Pelantikan ini menampilkan satu barisan kepimpinan yang menggabungkan pemimpin senior yang berpengalaman, tokoh muda yang bertenaga serta beberapa muka baharu yang mempunyai latar belakang, kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang.

Gabungan ini mencerminkan kesungguhan Parti Gagasan Rakyat Sabah untuk membina barisan kepimpinan yang lebih dinamik, inklusif dan dekat dengan rakyat.

Pemilihan 25 Ketua Bahagian (Penaja) ini dibuat setelah mengambil kira faktor pengalaman, kemampuan memimpin, rekod khidmat kepada masyarakat, penerimaan di peringkat akar umbi serta keupayaan untuk menggerakkan organisasi secara berkesan dan efektif.

Kehadiran pemimpin senior akan terus menjadi sumber pengalaman dan panduan strategik kepada parti, manakala penglibatan pemimpin muda serta muka baharu pula akan membawa idea, pendekatan dan tenaga baharu dalam memperkukuh gerak kerja organisasi.

Pelantikan ini bukan sekadar pengisian jawatan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha membina kepimpinan merentas generasi yang mampu bergerak seiring dalam menghadapi cabaran politik dan tuntutan masyarakat semasa. Kita mahu membina satu pasukan yang menggabungkan pengalaman dengan tenaga baharu.

Pemimpin senior mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan yang sangat bernilai, manakala pemimpin muda dan muka baharu membawa perspektif serta idea yang segar.

Gabungan ini penting supaya organisasi kita tidak hanya kukuh dari segi pengalaman, tetapi juga sentiasa bersedia melakukan pembaharuan dan bergerak mengikut perkembangan semasa.

Ketua Bahagian (Penaja) yang dilantik mempunyai tanggungjawab besar untuk memperkemas organisasi, memperkukuh jaringan akar umbi dan memastikan parti sentiasa membawa aspirasi dan dekat dengan rakyat.

Pelantikan 25 Ketua Bahagian (Penaja) ini juga akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh struktur bahagian, memperluaskan keahlian, menggerakkan aktiviti di peringkat akar umbi serta membentuk pasukan kepimpinan yang berkesan di setiap kawasan.

YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor turut menegaskan bahawa kekuatan sesebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada individu yang memimpin, tetapi kepada kerjasama seluruh pasukan serta keupayaan kepimpinan bahagian menterjemahkan agenda parti dalam bentuk khidmat yang dirasai masyarakat.

Kita mahu setiap bahagian menjadi organisasi yang hidup, aktif dan benar-benar memahami denyut nadi rakyat.

Ketua Bahagian bukan sekadar memegang jawatan, tetapi memikul amanah untuk membina organisasi, menyatukan ahli dan membawa suara masyarakat ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelantikan ini diharapkan menjadi titik tolak kepada pembentukan satu saf kepimpinan baharu yang lebih kukuh, tersusun dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan menggabungkan pengalaman pemimpin senior,semangat anak muda dan penyertaan muka-muka baharu, kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah yakin barisan 25 Ketua Bahagian (Penaja) ini mampu memberikan nafas baharu kepada organisasi serta memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap perjuangan parti.

Ucapan tahniah kepada kesemua 25 Ketua Bahagian (Penaja) yang dilantik dan berharap mereka dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti, komitmen dan semangat berpasukan demi kepentingan parti dan rakyat.-pr/BNN