KOTA MARUDU: Jika orang menyedari khasiat herba, sudah tentu mereka tidak sanggup menggantikan dengan ketulan-ketulan emas.
Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Ekonomi Kota Marudu (PERKOM), Dato’ Dr. Janathan Kandok, berkata demikian dalam majlis yang dihadiri pasukan pemasaran herba anjuran HPA International di Bian Republic hari ini.
“Kunyit, hempedu bumi, tongkat ali dan kacip fatimah adalah produk amalan perubatan tradisional bernilai tinggi yang disokong kuat oleh kajian sains dan penyelidikan moden,” katanya.
Menurut Dr. Janathan herba wajar diibaratkan sebagai pelaburan emas. Herba kaya dengan antioksidan, sifat anti-keradangan, serta nutrien semula jadi yang mampu meningkatkan sistem imun badan.
“Melabur dalam kesihatan diri menerusi amalan pemakanan herba merupakan langkah pencegahan awal yang jauh lebih berharga daripada menanggung kos rawatan penyakit pada kemudian hari,” katanya.
Katanya lagi, herba mempunyai potensi ekonomi dan pasaran global yang luas.
“Industri herba bernilai bilion ringgit di peringkat dunia. Di Malaysia, dengan kepelbagaian bio, mempunyai potensi luar biasa untuk menguasai pasaran perubatan pemakanan peringkat antarabangsa,” katanya.
Dr. Janathan juga mengakui bahawa herba adalah pilihan perubatan yang selamat. “Herba yang diproses mengikut piawaian saintifik dan kebersihan adalah pilihan yang selamat dan mengurangkan risiko kesan sampingan jangka panjang,” katanya.
Dato’ Dr. Janathan memberi galakan kepada para usahawan dan peniaga herba tempatan di Kota Marudu supaya terus memperkasa mutu produk, memanfaatkan penyelidikan sains, serta meluas pasaran demi mengangkat martabat nilai herba tempatan ke peringkat global.
Menurutnya lagi, Kerajaan GRS di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor membantu usahawan herba di Sabah. Bantuan dan sokongan ini disalurkan secara terancang menerusi SMJ, di bawah inisiatif pertanian dan pembangunan usahawan industri kecil dan sederhana.
Terdahulu, penyelaras majlis Jaburah Dagilon, Herbalist dan Anuar Abd Laib stokist HPA International berkata tubuh badan mempunyai sistem pertahanan secara fitrah tetapi sistem itu menjadi lemah apabila berlaku ketidakseimbangan angin dan suhu dalam badan yang berpunca daripada toksid yang terkumpul.
Herba boleh membantu mengseimbangkam angin dan suhu dalam badan.-pr/BNN




