KOTA KINABALU: KETUA Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Menteri Kewangan Negeri bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tiga dari kiri), Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Haji Rusdin Riman (dua dari kanan), Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (kanan) dan Encik Jasni Daya (dua dari kiri) serta Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri, Datuk Peter Thien (kiri) meneliti dokumen Belanjawan Sabah 2021 pada persiapan akhir belanjawan berkenaan di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu pada Rabu (16 Disember 2020).

Hajiji akan membentangkan belanjawan pertama Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat ini (18 Disember 2020).-pr/BNN