KOTA KINABALU: Kerajaan GRS tetap dengan pendirian agar semua perkara atau tuntutan seperti yang termaktub didalam MA63 dapat di tunaikan.
Ini telah diutarakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam Mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri secara maya pada Selasa.
Hajiji berkata perbincangan diantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara ini sedang berjalan dan kedua-dua pihak komited untuk mencari penyelesaian.
“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana yang penting kita telah pun memberi pandangan dan pendirian kita dan Kerajaan Persekutuan telah memberi respon yang positif,” kata Hajiji.
“Kita juga harus ambil kira bahawa YAB Perdana Menteri telah secara terbuka memberi komitmen dan jaminan untuk menilai dan berusaha mencari penyelesaian kepada semua tuntutan-tuntutan yang kerajaan negeri kemukakan,”tambah beliau.pr/BNN