KOTA KINABALU: Kenyataan yang di keluarkan oleh YB Junz Wong pada 16-6-2021 di Facebook beliau berkenaan kononnya peruntukkan ADUN-ADUN pembangkang telah ditarik balik dan diberikan kepada Ketua-Ketua Bahagian Bersatu adalah satu kenyataan yang berniat jahat dan cuba mewujudkan keadaan yang negatif di dalam pentadbiran negeri Sabah.
Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan dalam satu kenyataan berkata sebagai seorang Wakil Rakyat, Junz harus matang dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Setiap ayat yang dilontarkan itu boleh mencerminkan jenis kepimpinan pemimpin itu sendiri.
Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) cukup memahami dan mendalami masalah-masalah rakyat Sabah ketika dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini. Ini terbukti dengan pelbagai bantuan yang telah disalurkan dan yang akan di salurkan tidak lama lagi, katanya.
“YB Junz Wong jangan pura-pura lupa dengan peruntukkan RM 100,000.00 kepada setiap ADUN pembangkang beberapa bulan dahulu untuk mereka membantu rakyat di kawasan masing-masing. Kerajaan WARISAN sewaktu menerajui kerajaan Sabah tidak pernah memberikan sebarang peruntukkan kepada ADUN-ADUN pembangkang untuk disalurkan ke kawasan masing-masing.”
“Sebagai seorang YB yang mencintai negeri Sabah seharusnya dia bersama-sama membantu untuk membangunkan masyarakat dan negeri Sabah yang tercinta ini, bukannya menjadi tukang cerita yang membawa cerita karut dan tidak berfaedah.”-pr/BNN