KOTA KINABALU: Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin. Allahyarham merupakan sahabat yang baik, ahli politik yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam ptadbiran kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan, pemimpin yang amat dihormati bukan sahaja dalam kalangan suku kaum bisaya, tetapi juga rakyat pada keseluruhannya.
Sebagai pemimpin, Allahyarham banyak memberikan sumbangan dan khidmat khususnya kepada negeri dan rakyat Sabah dan terus menabur bakti sehingga ke akhir hayatnya.
Semoga roh Allahyarham Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin mendapat rahmat dan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat bersama satu
kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam Syurga. Amin Ya Robbal Alamin.-
Tan Seri Panglima Musa bin Haji Aman
Mantan Ketua Menteri Sabah