KOTA KINABALU: Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl bekerjasama dengan Pusat Pakar Mata
EyeMedics Kota Kinabalu untuk projek pembedahan katarak percuma.
Projek ini digelar “Hope in Sight”.
Dalam satu kenyataan akhbar Presiden RCKK Pearl, Majella Marjorie Tan Marquez, berkata, melalui projek ini, wanita dari golongan B40 yang berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat permohonan akan menerima pembedahan katarak percuma yang mana kos mungkin terlalu mahal buat mereka.
Menurut beliau, usaha pencegahan buta merupakan salah satu bidang tumpuan Rotary International dan tahun ini merupakan tahun kedua projek ini telah dijalankan oleh Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl, dan diselaraskan oleh Pengarah Perkhidmatan Komuniti, Rotarian Tulip Noorazyze.
Katanya, penglibatan Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl adalah dalam pemilihan calon manakala Dr Terrence Soong dari Pusat Pakar Mata EyeMedics merupakan pakar yang akan menjalankan pembedahan di mana kos pembedahan akan ditanggung oleh pusat pakar mata.
Majella juga mengatakan bahawa, lensa intraokular yang bakal digunakan dalam pembedahan dianjur oleh Geran Global Rotary dari Yayasan Rotary, yang merupakan organisasi kebajikan Rotary Antarabangsa.
“Permohonan Geran Global untuk projek Gift of Sight Sabah adalah suatu inisiatif Philip Chong yang mana beliau merupakan salah seorang bekas Gabenor Daerah 3310, yang merangkumi Kelab- Kelab Rotary Melaka, Johor, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.”
Untuk maklumat lanjut projek ini, orang awam dijemput menghantar emel kepada Rotarian Celestina Chin yang merupakan Pengerusi projek, di celestina.rckkpearl@gmail.com.-pr/BNN