Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sabah tidak memenuhi semangat dan prinsip yang ditonjolkan oleh Presiden PKR. Parti yang sudah lama bertapak dan bejuang sebagai pembangkang di Sabah. Namun, kerusinya pula telah di dominasi begitu jelas oleh rakan parti yang baharu muncul.
Angkatan Muda keadilan Keningau, melihat bahawa Pengerusi MPN Sabah tidak serius untuk mengemudi PKR. Buktinya, kebanyakan cabang khususnya angkatan muda terabai bagai anak kehilangan tempat berteduh.
Keadilan Sabah memerlukan Pengerusi MPN yang agresif serta aktif dan turun ke Cabang2 bagi memperkukuhkan Parti Keadilan dalam menghadapi PRU15.
Sebagai Naib Angkatan Muda Keadilan, saya melihat tanggungjawab Pengerusi MPN Sabah sekarang  telah tersasar daripada landasan arus perjuangan parti KEADILAN.Kebajikan dan suara ahli tidak dhirau. Dibuat seolah-olah seperti yatim piatu.
Harapan kami sebagai anak muda yang menyokong arus perjuangan parti, perkara ini harus la diteliti lebih telus. Presiden PKR perlu melihat perkara ini demi memperhebatkan Parti Keadilan Sabah  bagi menghadapi PRU15..
Mohd raffi jamaluddin
Naib KAMK Sabah
KAMK Cabang Keningau