KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Tahun 2026 di Masjid Negeri Sabah, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Arif; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman,.

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum diteruskan dengan azan, Solat Jumaat dan Solat Hajat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan rakyat serta negeri Sabah.-pr/BNN