KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hadir Rumah Terbuka Krismas 2022 Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka di Kota Kinabalu pada Ahad.

Ketua Menteri yang tiba kira-kira jam 11 pagi itu disambut oleh Presiden PBS Datuk Seri Dr
Maximus Ongkili dan barisan pemimpin parti itu.

Hajiji kemudian turut menghadiri Majlis Ramah Mesra sempena sambutan Krismas
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bersama
Usahawan Parlimen Penampang di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang di Penampang, kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra bersama orang ramai yang hadir di
kedua-dua Rumah Terbuka Krismas berkenaan.-pr/BNN