Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengadakan perjumpaan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di abatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, di Kuching, Sarawak pada Sabtu.
Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu turut membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan di Sabah.
Malam ini, Ketua Menteri dan isteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag turut menghadiri sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di Kuching, Sarawak.-pr/BNN