Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan
Rakyat Sabah (GRS) menghadiri Kongres Nasional Keadilan 2023 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, malam tadi (Sabtu).

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena kongres berkenaan.

Kongres itu turut dihadiri pimpinan parti Kerajaan Perpaduan dari Sabah antaranya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Parti  Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin.-pr/BNN