KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Sabah & Jobs Malaysia akan mengadakan Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah 2018 pada 8 April 2018 di ITCC Mall Penampang.
Karnival kali ini dijangka menawarkan kira-kira 3000 peluang pekerjaan kepada para belia dalam pelbagai bidang oleh syarikat terkemuka dan syarikat tempatan.
Menurut urusetia karnival, penganjuran karnival kerjaya ini adalah hasil daripada Kolokium Manifesto Orang Muda dan Siri Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Sabah yang dipelopori oleh Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Sabah,Haji Yamani Hafez Musa.
“Pemuda BN Sabah mengambil maklum dan mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh golonga belia di Sabah dewasa ini, salah satu daripadanya ialah cabaran mendapat peluang pekerjaan.
“Peluang Pekerjaan merupakan manifesto utama Pergerakan Pemuda BN Sabah”, jelasnya.
Menurutnya, prihatin dengan cabaran ini yang dihadapi oleh para belia, justeru Pemuda BN Sabah bersama-sama beberapa jabatan dan syarikat-syarikat swasta mengadakan Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah 2018.
Beliau juga meminta agar golongan belia agar mendaftar awal di laman web rasmi Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah 2018 untuk mengikuti perkembangan peluang-peluang pekerjaan yang akan ditawarkan.
www.karnivalkerjayapemudabn.
Para belia dan pencari kerja di negeri ini juga diminta agar menghadiri Karnival Kerjaya Pemuda UMNO Sabah 2018 pada 8 April 2018 di ITCC Mall Penampang.-pr/BNN