KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menghadiri majlis perkahwinan pasangan mempelai, Remmey dan Scholastica, yang berlangsung di Kampung Bariawa Laut.

Majlis yang meriah itu bukan sahaja menyatukan dua insan dalam ikatan perkahwinan, malah turut menjadi kesempatan istimewa buat Annuar bertemu rakan lama serta berkongsi cerita dan kenangan.

“Memang satu hari yang penuh kenangan indah. Doa terbaik saya buat pasangan pengantin baru agar terus berbahagia dan diberkati,” kata Annuar.

Turut hadir, mantan ADUN Bingkor, Thomas Anggan, yang bersama-sama meraikan pasangan pengantin baharu.-pr/BNN