KOTA KINABALU: Sempena Ramadan tahun ini, Sabah International Convention Centre (SICC) kembali menganjurkan Resepi Nusantara Asian Buffet 2026, menghimpunkan pelbagai cita rasa Asia dan kontinental dalam satu pengalaman berbuka puasa yang istimewa.

Bufet yang berlangsung dari 26 Februari hingga 18 Mac 2026 itu menawarkan sebanyak 850 hidangan Asian Continental, sekali gus melakar pengiktirafan dalam Asia Book of Records bagi jumlah hidangan antarabangsa terbanyak disediakan di bawah satu bumbung.

Antara tarikan utama termasuk variasi juadah tradisional Nusantara, hidangan Timur Tengah, sajian Barat serta pilihan pencuci mulut yang memenuhi selera pelbagai lapisan masyarakat.

Harga yang ditawarkan ialah RM158 nett bagi dewasa, RM108 nett untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan RM70 nett bagi kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun.

Orang ramai yang ingin mendapatkan baucar atau membuat tempahan boleh menghubungi talian +60 13 916 1291 atau +60 88 206 000.

Penganjuran bufet tahunan ini dijangka terus menjadi antara acara berbuka puasa paling dinanti-nantikan di Kota Kinabalu, menghimpunkan keluarga, rakan dan komuniti dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.