Yahya dan Raymond diberi taklimat MOIBF 2017

0
230
Kelihatan, Yahya menerima cenderamata daripada Dr.Yusof sambal diperhatikan oleh Raymond Tan (lima dari kanan), Zulfikri (empat dari kanan) selepas majlis taklimat itu
Kelihatan, Yahya menerima cenderamata daripada Dr.Yusof sambal diperhatikan oleh Raymond Tan (lima dari kanan), Zulfikri (empat dari kanan) selepas majlis taklimat itu

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan rakan sejawatannya, Datuk Seri Panglima Raymond Tan telah diberi taklimat mengenai MARA OISCA International Business Forum (MOIBF 2017) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada bulan November 2017 oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Zulfikri Osman dan Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Haji Yusof Yacob di bilik mesyuarat Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

MOIBF akan diadakan pada 13-15 November 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu yang akan melibatkan penyertaan para pelabur dan usahawan daripada negara Jepun.

Menurut Zulfikri, industri yang menjadi fokus forum antarabangsa itu ialah pertanian (agriculture), makanan dan minuman (food & beverage) dan pelancongan (tourism).

Forum itu merupakan acara tahunan MARA melibatkan perniagaan dan pelaburan melintas sempadan (annual cross-border trade and investment event) yang akan memberi faedah kepada usahawan tani di negeri ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Ahmad Awang Hashim, Pengarah Pertanian Negeri, Idrus Shafie, Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Datuk Basrun Datu Mansor,Pengarah MARA Negeri, Suhaimi Zainuddin, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Zahari Aziz, Timbalan Pengarah MARA Negeri (Perkhidmatan Pengurusan) Mohd.Norhisyam Mahayudin, Penolong Pengarah (Bahagian infrastruktur komersial), Ajahar Abdul Latip.-PR/BNN