TAMBUNAN : Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan Dato’ Victor Peter Paut pada Sabtu meluluskan permohonan RM10,000 untuk baik pulih Rumah Komuniti Gereja St. Joachim di Kg Lintuhun, Tambunan.

Perkara itu diumumkan oleh Victor yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd itu semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Lintuhun 2026 disini.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Lintuhun, Fredolin Jakil menyebut dalam ucapan aluannya berkait permintaan komuniti berkenaan.

Victor berkata, sumbangan itu adalah bertujuan untuk membaik pulih atau menaik taraf gereja berkenaan demi keselesaan dan kemudahan komuniti kampung tersebut kelak.-pr/BNN