MATUNGGONG: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Jelani Hamdan menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu segera menyelenggara Jalan Kampung Sampir-Pantai Teringai Darat yang mengalami kerosak teruk.
Beliau berkata, ibu pejabat JKR juga perlu memberi keutamaan (priorities) pelaksanaan pengaspalan penuh jalan berkenaan.
Menurutnya sebelum ini Ahli Parlimen Kota Marudu mengumumkan kelulusan pengaspalan jalan itu, termasuk telah mengadakan majlis pecah tanah sebelum ini (semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU 13).
“Saya amat simpati dengan nasib penduduk kampung yang menggunakan jalan raya itu setiap hari. Termasuk luahan seorang cikgu yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Temuno, Teringai Darat yang menular di media sosial.”
“Untuk rekod saya telah banyak kali mengutarakan masalah jalanraya itu dalam sidang DUN Sabah dan juga di akhbar-akhbar semasa sebagai ADUN Matunggong . Pernah satu ketika saya anggap JKR Kota Marudu amat ‘ liat ‘ dan ‘ tidak sensitif ‘ terhadap masaalah rakyat di kawasan Matunggong”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pendidik itu yang mengandung di tahap awal “trimister” meluahkan sudah seminggu tidak dapat menjalankan tugas kerana perlu melalui jalan itu yang sangat teruk dan tidak diselenggara dengan baik.
“Ini salah satu faktor yang menyebabkan saya mengalami pendarahan (bleedin) dan hampir keguguran , serta terpaksa direhatkan oleh pihak hospital demi keselamatan kandungan saya,” kata Cikgu berkenaan.
“Hal ini bukan pertama kali saya alami tetapi juga turut dialami oleh beberapa orang rakan kerja yang lain. Beberapa waktu yang lalu,salah seorang rakan kerja turut mengalami keguguran akibat jalan yang teruk yang terpaksa kami lalui. Kerosakan kereta juga sering kami alami sepanjang masa”, kata pendidik itu yang perlu berulang alik sejauh 160km setiap hari untuk sampai ke tempat kerja.
Beliau yang pernah mengadu masalah itu kepada JKR dan berharap jabatan itu akan berusaha untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah itu.
Jelani yang juga presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) berkata, beliau akan membuat susulan “follow up” dengn JKR sekali lagi kes itu atas kapasiti sebagai penduduk Matunggong.
“Saya akan berusaha membantu..walaupun bukan lagi Wakil Rakyat Matunggong dan tanpa sebarang niat mahu ‘ambil alih‘ tugas Wakil Rakyat dan pemimpin-pemimpin dalam kawasan Matunggong”, tegasnya.-Oleh L.S Kuang/BNN