Shopping Raya bersama 25 anak yatim

0
Ceria.....25 orang anak-anak yatim ceria bersama baju raya masing-masing bergambar kenangan dengan Hazulizah (lima dari kanan belakang sekali) semalam.

SANDAKAN: Puteri UMNO Batu Sapi telah meraikan seramai 25 orang anak yatim dari sekitar Parlimen Batu Sapi sempena program Shopping Raya Bersama Anak-anak Yatim di Pasaria Yong Hin Sandakan kelmarin.

Menurut Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Hazulizah Mohd Dani berkata mudah-mudahan sumbangan kecil daripada Puteri Umno Batu Sapi ini dapat menceriakan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Beliau berharap sumbangan itu dapat menceriakan anak- anak berkenaan yang memilih sendiri pakaian kegemaran masing-masing.

“Program amal Shopping Raya ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial Puteri UMNO, selari dengan peranan kami sebagai Puteri UMNO yang prihatin, penyayang dan bertanggungjawab.

“Program ini merupakan acara tahunan dan sudah diadakan sejak bertahun dan pada masa akan datang, Puteri UMNO Batu Sapi akan mengadakan lebih banyak lagi aktiviti kebajikan sebegini akan dilakukan tanpa mengira perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Shopping Raya bersama anak-anak yatim kawasan Batu Sapi, Sandakan semalam.-pr/BNN