SAMORA Johan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Daerah Kecil Matunggong

0
Kontinjen SAMORA, johan pertandingan perbarisan kategori NGO.

MATUNGGONG: Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) muncul sebagai johan Pertandingan Perbarisan (kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO)) sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kecil Matunggong yang diadakan di Padang Daerah di sini, kelmarin.

Kontinjen perbarisan SAMORA ditubuhkan atas inisiatif  Presidennya, Dato Dr.Jelani Hamdan selaku Penasihat Pasukan.  Koordinator pasukan ialah Puan Ruhini Andong (Pengerusi Yayasan Gimpuhut Sabah) dan urusetia terdiri daripada Puan Flemie Binsiew , Puan Salunih Maruson, Puan Zainiah Tapah,Encik Fredey Bongirun dan Puan Rohani Molisin.

Kontinjen SAMORA yang diketuai oleh Encik Joslin Bin Masongiu dan dibantu oleh Encik Solibin berjaya menewaskan 29 kontinjen yang lain.

Kontinjen SAMORA terdiri daripada seramai 25 orang anggota, antaranya ialah Duta Magahau SAMORA, Cik Treacy Chee dan Cik Crystaline Jaisus, Gimpuhut Momogun Rungus 2016, Cik Sherone Fung, Gimpuhut Zon Labuan 2019,  Cik Marinah Doksil, Gimpuhut Zon Tangkarason 2019 ,Cik Citer Sarnis dan Gimpuhut Zon Langkon 2019, Cik Viana Mojikol,Lenz Freedly Marajam,Hilson Matius,Charley Matius Hilson,Solibin,Majius Lonza, Apain, Blyron Amyrro, Backron Isaac ,Joi serta Ahli Majlis Tertinggi SAMORA, Tuan Junan Olok .

SAMORA berjaya menempah nama dan muncul sebagai johan pertandingan itu walaupun kali pertama mengambil bahagian.

Johan kategori NGO membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Jabatan dan Badan Bukan Kerajaan.

Antara tetamu yang hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Encik Francis Chong,  Pemimpin pembangunan Masyarakat N4 Matunggong, Encik Barlus Mangabis, Ketua Daerah Matunggong, OKK Jominit Kobuhi, Mantan Pegawai Daerah Pitas, Encik Bubudan Ot Majalun, Wakil Ketua Polis Daerah Kudat dan Ketua-KetuaJabatan Negeri dan Persekutuan di Daerah Kecil Matunggong.-pr/BNN